Know Us Better

About Us

Uni Akademia's Intro

Pendidikan adalah merupakan satu keperluan yang berterusan kepada semua kumpulan masyarakat samada untuk meningkatkan pengetahuan mahupun kerjaya. Program pendidikan formal atau non formal banyak membantu meningkatkan ke arah kesejahteraan hidup dalam komuniti. Bagi mencapai matlamat tersebut, Uni Akademia Sdn. Bhd. turut mengambil bahagian dengan menawarkan pelbagai bentuk program pendidikan agar dapat memberi peluang kepada lebih ramai khususnya kalangan guru-guru untuk melanjutkan pelajaran di peringkat yang lebih tinggi dalam bidang pendidikan di peringkat pascasiswazah.

Program-program yang dikendalikan oleh Uni Akademia Sdn. Bhd. ini telah mendapat kerjasama daripada beberapa pihak termasuklah Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Swasta (IPTS) di Malaysia. 

Penggunaan modul mod cuti sekolah yang modular dan fleksibel dapat memudahkan guru-guru yang sedang bekerja untuk melanjutkan pelajaran di peringkat yang lebih tinggi. Antara universiti yang terlibat dalam kerjasama ini termasuklah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Universiti Malaysia Pahang (UMP), dan City University Malaysia.

Selain daripada itu, Uni Akademia Sdn. Bhd. Turut mengadakan berbagai-bagai bentuk program yang berteraskan pendidikan seperti seminar, penyelidikan, program motivasi, latihan kerjaya, dan berbagai lagi dalam meningkatkan keilmuan di kalangan komuniti di Malaysia.

Di samping itu juga, Uni Akademia Sdn. Bhd. turut melibatkan diri dalam perniagaan berbentuk trading barangan kelengkapan pejabat, peralatan berkaitan pendidikan, dan pelbagai lagi.

Vision

Uni Akademia Sdn. Bhd. menawarkan perkhidmatan perundingan dan latihan pendidikan yang profesional sejajar dengan aspirasi negara yang selari dengan tuntutan dunia.

Mission

Menyediakan perkhidmatan perundingan dan latihan pendidikan kepada pelbagai pihak khususnya kepada warga pendidik bagi melahirkan golongan professional yang beretika dan berdaya saing serta berupaya memainkan peranan di peringkat global.