Get notified for available courses, signing up HERE

Frequently ask question for Diploma Pascasiswazah Pendidikan

Understand and learn how to apply for Diploma Pascasiswazah Pendidikan offered by our partner university.
Siapakah yang layak memohon?

Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan dibuka kepada semua graduan lulusan Ijazah Sarjana Muda TANPA pendidikan dari mana-mana insitusi Pendidikan tinggi awam (IPTA) atau swasta (IPTS) yang diiktiraf oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA). Namun begitu, syarat kemasukan adalah berbeza untuk setiap universiti di bawah pengurusan Uni Akademia. Calon boleh merujuk laman webatau media sosial Uni Akademia untuk maklumat lebih lanjut.

Pengambilan adalah pada setiap tahun tetapi berbeza untuk setiap universiti di bawah pengurusan Uni Akademia. Calon boleh merujuk laman web atau mediasosial Uni Akademia untuk maklumat lebih lanjut.

Pelaksanaan kelas dijalankan pada waktu cuti sekolah. Sekiranya cuti sekolah seminggu, maka calon perlu hadir ke kelas selama seminggu.

Mod pengajian adalah sepenuh masa.

Tempoh program ini dilaksanakan lebih kurang 1 tahun setengah termasuk praktikum (3 bulan).

Tiada had umur untuk memohon program ini.

Calon boleh menghubungi atau Whatsapp pihak Uni Akademia untuk mendapatkan borang permohonan atau membuat permohonan melalui pihak agent di bawah Uni Akademia.

Ya, program ini telah mendapat pengiktirafan daripada MQA. Calon boleh menyemak kelayakan tersebut dalam laman web rasmi MQA.

Uni Akademia telah bekerjasama dengan UPSI bagi program Diploma Pascasiswazah Pendidikan (DPSP) dan UKM (DPP).

Ya sama, program DPLI kini dikenali sebagai Diploma Pascasiswazah Pendidikan (DPSP/ DPP).

Bahasa pengantar yang digunakan adalah Bahasa Melayu dan Inggeris.

Tiada pengkhususan yang ditawarkan kerana program DPSP atau DPP ini bersifat umum.

Yuran keseluruhan pengajian adalah RM 10, 200 selama 3 semester.

Ya boleh, calon dikehendaki membuat pembayaran ansuran mengikut pelan pembayaran yang disediakan oleh pihak universiti.

Ya perlu, calon dikehendaki membuat pembayaran yuran proses sebanyak RM50 kepada pihak Uni Akademia untuk menguruskan dokumen dan permohonan online calon (tertakluk kepada permohonan DPSP UPSI sahaja).

Tiada, calon perlu bersedia dengan alternatif lain seperti pembiayaan sendiri atau melalui pembayaran KWSP.

Ya, calon boleh memohon bantuan zakat di pusat zakat yang berdekatan.

Penginapan tidak disediakan dan calon perlu bersedia untuk mencari penginapan sendiri. Sekiranya terdapat makluman penginapan disediakan oleh pihak universiti, calon akan dimaklumkan kemudian.

Tidak, calon perlu bersedia untuk mencari penginapan sendiri berdekatan dengan kawasan kampus.

Kelas dijalankan secara bersemuka di UPSI. Manakala, kelas dijalankan secara hybrid di UKM. Walau bagaimanapun, jika terdapat sebarang perubahan berkenaan pelaksanaan kelas, calon akan dimaklumkan kemudian.

Tidak. Calon perlu mengikuti pelaksanaan mod pengajian yang ditetapkan oleh pihak universiti.

Penangguhan dibuat dengan alasan kukuh dan bersyarat. Syarat penangguhan adalah berbeza untuk setiap universiti. Oleh itu, calon perlu maklumkan terlebih dahulu kepada pihak universiti dan Uni Akademia (tertakluk kepada permohonan DPP UKM sahaja) .

Tiada, calon hanya perlu menghantar dokumen permohonan yang lengkap secara online dan akan dinilai oleh pihak universiti.

Bagi program DPSP di bawah UPSI, calon tidak perlu mengambil ujian tersebut. Manakala, calon perlu mengambil ujian MEdSI sekiranya memohon di bawah program DPP UKM.

Tidak, calon mestilah merupakan graduan lepasan Ijazah Sarjana Muda bukan pendidikan.

Ya boleh, dengan syarat calon perlu mengemukakan surat tamat pengajian yang diperakui sah oleh universiti.

Tidak, calon mestilah tamat pengajian sepenuhnya daripada universiti.

Tidak perlu, calon boleh melanjutkan pelajaran ke peringkat Ijazah Sarjana Muda dalam pendidikan.

Sijil Sarjana Pendidikan tiada ikhtisas untuk melayakkan calon memohon jawatan guru KPM melainkan Master of Technical and Vocational Education (MBV) daripada UTHM.

Diploma Pascasiswazah Pendidikan adalah untuk calon yang bergelar guru tetapi tiada ikhtisas atau mempunyai Ijazah Sarjana Muda dalam bidang bukan pendidikan tetapi berminat menceburi bidang perguruan. Program ini membolehkan calon untuk memohon jawatan guru KPM. Manakala, Sarjana Pendidikan (kecuali MBV UTHM) tidak membolehkan calon untuk memohon jawatan guru KPM. Program ini khususnya untuk calon yang bergelar guru dan sudah mempunyai ikhtisas melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi atau melebarkan profesion.

Kemungkinan terdapat had umur untuk memohon jawatan guru di SPP. Calon boleh menghubungi terus pihak SPP untuk mendapatkan kepastian.

Tiada jaminan posting bagi jawatan guru KPM selepas menamatkan program ini. Calon masih perlu bersaing dan memohon jawatan seperti biasa melalui saluran SPP.

Antara dokumen yang diperlukan adalah borang permohonan, salinan Ijazah Sarjana Muda, transkrip akademik, surat tawaran bekerja (jika bekerja), SPM, gambar passport, salinan kad pengenalan dan sebagainya.

Calon diminta untuk menunggu makluman seterusnya daripada pihak Uni Akademia untuk tindakan selanjutnya.

Pihak Uni Akademia akan membuat susulan (follow-up) terhadap calon untuk melengkapkan dokumen yang tidak lengkap.

Ya, setiap salinan dokumen permohonan yang dihantar perlu disahkan oleh mana-mana pegawai gred 41 ke atas.

Ya, calon boleh membawa permohonan ke pengambilan seterusnya.

Ya, boleh. Calon perlu menghantar surat rasmi penarikan diri beserta alasan kukuh kepada pihak universiti dan Uni Akademia.

Tidak perlu menghantar semula. Namun begitu, jika terdapat sebarang perubahan pada dokumen, calon boleh menghantar semula dokumen berkenaan untuk dikemaskini.

Tidak, calon boleh membuat permohonan ke pengambilan seterusnya.

Calon boleh menyemak keputusan penawaran melalui email atau sistem permohonan universiti.

Tempoh menjalani latihan mengajar (praktikum) adalah 3 bulan.

Ya perlu, calon perlu memberi komitmen sepenuhnya sepanjang 3 bulan praktikum di sekolah. Oleh itu, calon dinasihati meminta kebenaran majikan terlebih dahulu sebelum membuat keputusan untuk memohon program ini.

Kebiasaannya calon akan mengajar subjek yang berkaitan dengan Ijazah Sarjana Muda calon. Selain itu, calon juga berkemungkinan mengajar subjek lain bergantung kepada keputusan pihak sekolah.

Calon yang sedia guru dibenarkan untuk menjalani praktikum di sekolah sendiri. Manakala, calon bukan guru dinasihatkan menjalani praktikum di sekolah yang berdekatan dengan tempat tinggal calon.

Calon boleh menghubungi pihak sekolah atau walk in ke sekolah pilihan serta menghantar borang menjalani praktikum ke pihak sekolah.

Calon akan menerima pengesahan dan kebenaran daripada pihak sekolah serta Jabatan Pendidikan Negeri.

Ya boleh. Pemilihan tempat latihan mengajar adalah bergantung kepada calon.

Kebiasaannya calon akan menjalani praktikum di sekolah menengah.

Ya boleh, dengan bersyarat serta calon perlu menyatakan alasan kukuh. Syarat penangguhan adalah berbeza untuk setiap universiti. Oleh itu, calon perlu maklumkan terlebih dahulu kepada pihak universiti dan Uni Akademia.