Get notified for available courses, signing up HERE

Frequently ask questions for Master of Education – School Holiday Program

Understand and learn how to apply for Master of Education - School Holiday Program offered by our partner university.
Siapakah yang layak memohon?

Program Sarjana Pendidikan dibuka kepada semua graduan lulusan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan atau TANPA pendidikan dari mana-mana insitusi pendidikan tinggi awam (IPTA) atau swasta (IPTS) yang diiktiraf oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA). Calon boleh merujuk syarat kemasukan program Sarjana Pendidikan (mod cuti sekolah) UPSI di laman web atau media sosial Uni Akademia untuk maklumat lebih lanjut.

Pengambilan adalah pada setiap tahun di bawah pengurusan Uni Akademia. Calon boleh merujuk laman web atau media sosial Uni Akademia untuk maklumat lebih lanjut.

Ya, terdapat beberapa program yang mempunyai syarat khas. Sekiranya calon berminat, calon boleh merujuk laman web atau media sosial Uni Akademia untuk maklumat lebih lanjut.

Pelaksanaan kelas dijalankan pada waktu cuti sekolah. Sekiranya cuti sekolah seminggu, maka calon perlu hadir ke kelas selama seminggu.

Mod cuti sekolah merujuk kepada pengajian yang dijalankan semasa cuti persekolahan dan sesuai untuk individu yang bekerja, seperti guru atau kakitangan awam. Sebaliknya, mod sepenuh masa melibatkan pengajian yang dijalankan secara tetap sepanjang semester dengan jadual mingguan.

Mod pengajian bagi program ini adalah kerja kursus (coursework).

Program ini merupakan program separuh masa (mod cuti sekolah).

Tempoh program ini dilaksanakan lebih kurang 1 tahun setengah.

Tiada had umur untuk memohon program ini.

Calon boleh menghubungi atau Whatsapp pihak Uni Akademia untuk mendapatkan borang permohonan atau membuat permohonan melalui pihak agent di bawah Uni Akademia.

Uni Akademia telah bekerjasama dengan UPSI bagi program Sarjana Pendidikan (mod cuti sekolah).

Terdapat 22 pengkhususan bagi program Sarjana Pendidikan (mod cuti sekolah) di UPSI. Calon boleh merujuk laman web atau media sosial Uni Akademia untuk maklumat lebih lanjut.

 

Bahasa pengantar yang digunakan adalah Bahasa Melayu dan Inggeris.

Ya, program ini telah mendapat pengiktirafan daripada MQA. Calon boleh menyemak kelayakan tersebut dalam laman web rasmi MQA.

Yuran keseluruhan pengajian adalah RM 15, 000 selama 3 semester.

Ya boleh, calon dikehendaki membuat pembayaran ansuran mengikut pelan pembayaran yang disediakan oleh pihak universiti.

Ya boleh. Walau bagaimanapun, jumlah pinjaman berkemungkinan tidak mendapat sepenuhnya bagi calon yang pernah memohon PTPTN sebelum ini.

Calon boleh mencari alternatif lain seperti pembiayaan sendiri, pinjaman peribadi atau melalui pembayaran KWSP.

Ya, calon (guru) boleh memohon HLPS bagi mengikuti program ini asalkan memenuhi syarat-syarat tertentu.

Program ini lebih sesuai dibiayai melalui HLPS kerana ia dikategorikan sebagai pengajian separuh masa yang membolehkan calon (guru) melanjutkan pengajian sewaktu cuti sekolah tanpa perlu meninggalkan tugas hakiki sepenuhnya. Sebaliknya, HLP adalah untuk pengajian sepenuh masa dan memerlukan calon (guru) mengambil cuti belajar sepenuhnya, justeru ia tidak sesuai untuk program mod cuti sekolah.

Ya perlu, calon dikehendaki membuat pembayaran yuran proses sebanyak RM50 kepada pihak Uni Akademia untuk menguruskan dokumen dan permohonan online calon.

Penginapan tidak disediakan dan calon perlu bersedia untuk mencari penginapan sendiri. Sekiranya terdapat makluman penginapan disediakan oleh pihak universiti, calon akan dimaklumkan kemudian.

Tidak, calon perlu bersedia untuk mencari penginapan sendiri berdekatan dengan kawasan kampus.

Tiada, calon hanya perlu menghantar dokumen permohonan yang lengkap secara online dan akan dinilai oleh pihak universiti.

Tidak, calon mestilah tamat pengajian sepenuhnya daripada universiti.

Sijil Sarjana Pendidikan tiada ikhtisas untuk melayakkan calon memohon jawatan guru KPM melainkan Master of Technical and Vocational Education (MBV) daripada UTHM.

Ya, calon boleh memohon program dengan syarat terbuka. Sekiranya calon berminat dengan program yang mempunyai syarat khas, calon dikehendaki membuat semakan syarat khas terlebih dahulu serta perlu melalui penilaian universiti atas sebab-sebab tertentu.

Calon layak memohon program ini dengan syarat mempunyai pengalaman bekerja sekurang-kurangnya satu tahun dalam bidang berkaitan.

Tidak perlu bagi program dengan syarat terbuka. Sebaliknya, program tertentu dengan syarat khas memerlukan calon untuk memiliki pengalaman mengajar untuk memohon.

Ya, calon yang mempunyai CGPA di bawah 2.75 berkemungkinan layak memohon program ini, tetapi tertakluk kepada syarat tambahan tertentu dan keputusan penilaian pihak universiti.

Ya, calon yang sudah memiliki Ijazah Sarjana dalam bidang lain masih tetap boleh mengambil Ijazah Sarjana Pendidikan, asalkan memenuhi syarat kemasukan program tersebut.

Tidak digalakkan untuk seseorang calon mengikuti program Sarjana Pendidikan dan DPLI secara serentak, kerana ia melanggar dasar akademik dan berisiko mengganggu kedua-dua pengajian.

Ya, calon boleh bekerja sepenuh masa sambil mengikuti program ini yang direka khusus untuk guru atau individu yang bekerja sepenuh masa.

Antara prospek kerjaya yang calon boleh ceburi adalah dengan menjadi pensyarah, penyelidik, pembangun modul, perunding pendidikan, guru cemerlang, ketua panitia, pegawai dasar pendidikan dan sebagainya.

: Kelas dijalankan secara bersemuka di UPSI. Walau bagaimanapun, jika terdapat sebarang perubahan berkenaan pelaksanaan kelas, calon akan dimaklumkan kemudian.

Tidak. Calon perlu mengikuti pelaksanaan mod pengajian yang ditetapkan oleh pihak universiti.

Tidak, calon hanya perlu menulis kertas akhir projek seumpama penulisan mini tesis.

Tidak perlu, calon hanya sekadar menulis kertas akhir projek dan melengkapkan tugasan diberikan pensyarah.

Ya, setiap calon akan diberikan penyelia untuk membimbing calon menghasilkan penulisan kertas projek (mini tesis).

Tidak boleh, calon perlu mengikuti mod pengajian yang telah ditetapkan setelah menerima tawaran

Calon tidak boleh menukar pengkhususan setelah menerima tawaran.

Penilaian dalam program ini berbentuk tugasan, penulisan kertas projek (mini tesis) dan juga peperiksaan.

Antara dokumen yang diperlukan adalah borang permohonan, salinan Ijazah Sarjana Muda, transkrip akademik, surat tawaran bekerja (jika bekerja), SPM, gambar passport, salinan kad pengenalan dan sebagainya.

Ya, setiap salinan dokumen permohonan yang dihantar perlu disahkan oleh mana-mana pegawai gred 41 ke atas.

Calon diminta untuk menunggu makluman seterusnya daripada pihak Uni Akademia untuk tindakan selanjutnya.

Pihak Uni Akademia akan membuat susulan (follow-up) terhadap calon untuk melengkapkan dokumen yang tidak lengkap.