Get notified for available courses, signing up HERE

Application guideline for Sarjana Pendidikan at Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)

Application guideline for Sarjana Pendidikan at Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).
1: Hubungi sekretariat

Calon boleh mendapatkan google form yang dikongsikan oleh pihak sekretariat melalui hebahan iklan di laman media sosial ATAU Calon boleh mendapatkan google form dengan menghubungi pihak sekretariat Uni Akademia melalui talian 03-89220952 atau Whatsapp 019-5592782

Calon dikehendaki menyemak syarat am dan syarat khas program sebelum membuat permohonan. Syarat kelayakan boleh disemak melalui hebahan iklan atau laman web www.uniakademia.com

Pihak sekretariat akan membuat susulan (follow-up) kepada calon yang berminat bagi melengkapkan borang permohonan dan dokumen sebelum tarikh tutup permohonan.

Segala dokumen akan disemak oleh pihak sekretariat. Sekiranya dokumen yang dihantar tidak lengkap, pihak sekretariat akan membuat susulan (follow-up) kepada calon untuk melengkapkan dokumen dalam tempoh masa yang ditetapkan.

 

Pihak sekretariat akan membuat permohonan dan memuat naik dokumen lengkap calon ke dalam sistem permohonan universiti secara atas talian apabila sistem dibuka.

Permohonan calon akan dinilai oleh pihak universiti dalam tempoh masa tertentu. Setelah fasa penilaian selesai, keputusan senarai nama calon yang berjaya mendapat tawaran akan dikeluarkan oleh pihak universiti.

Calon yang berjaya boleh menyemak tawaran yang dikeluarkan melalui email peribadi atau sistem permohonan universiti secara atas talian.

Calon dikehendaki MENERIMA atau MENOLAK tawaran dalam tempoh masa yang ditetapkan di dalam sistem permohonan secara atas talian.

Bagi calon yang MENERIMA tawaran, dikehendaki untuk memuat turun surat tawaran dan melengkapkan prosedur kemasukan program. Pihak universiti akan mengambil alih pengurusan pendaftaran dan pengajian bagi calon yang MENERIMA tawaran.

Senarai semak dokumen permohonan

Bagi calon lepasan Ijazah Sarjana Muda di dalam negara.

  • Borang permohonan Sarjana Pendidikan UPSI (mod cuti sekolah)
  • Salinan kad pengenalan
  • Salinan Ijazah Sarjana Muda ATAU surat pengesahan tamat pengajian (sekiranya belum bergraduasi)
  • Salinan transkrip akademik Ijazah Sarjana Muda ATAU  mini transkrip (sekiranya belum bergraduasi)
  • Salinan Sijil Pelajaran Malaysia
  • Salinan E-Operasi (sekiranya bekerja sebagai guru) ATAU surat tawaran bekerja terkini (sekiranya bekerja) ATAU surat pengesahan bekerja (sekiranya bekerja sendiri)
  • Gambar berukuran passport
  • Bukti yuran proses RM50

Bagi calon lepasan Ijazah Sarjana Muda luar negara.

  • Borang permohonan Sarjana Pendidikan UPSI (mod cuti sekolah)
  • Salinan kad pengenalan
  • Salinan asal Ijazah Sarjana Muda (bahasa asal) DAN Salinan Ijazah Sarjana Muda (terjemahan) ATAU surat pengesahan tamat pengajian (sekiranya belum bergraduasi)
  • Salinan asal transkrip akademik Ijazah Sarjana Muda (bahasa asal) DAN salinan transkrip akademik Ijazah  Sarjana Muda (terjemahan) ATAU mini transkrip (sekiranya belum bergraduasi)
  • Salinan Sijil Pelajaran Malaysia
  • Salinan E-Operasi (sekiranya bekerja sebagai guru) ATAU surat tawaran bekerja terkini (sekiranya bekerja) ATAU surat pengesahan bekerja (sekiranya bekerja sendiri)
  • Gambar berukuran passport
  • Bukti yuran proses RM50

Semakan dokumen oleh calon

Semua dokumen mencukupi termasuk maklumat di borang permohonan adalah lengkap. Semua salinan dokumen hendaklah disahkan oleh mana-mana pegawai gred 41 ke atas. Salinan IC hendaklah dipalang “UNTUK KEGUNAAN UPSI”

Pembayaran yuran proses boleh dibuat kepada:

Account Name : UNI AKADEMIA

Bank : Bank Muamalat Malaysia Berhad

Account Number : 121 0000 123 1718

Menghantar semua dokumen ke email: sarjanapendidikanupsi.akademia@gmail.com

Contoh lampiran dokumen