1: Hubungi sekretariat
Calon boleh mendapatkan google form yang dikongsikan oleh pihak sekretariat melalui hebahan iklan di laman media sosial ATAU Calon boleh mendapatkan google form dengan menghubungi pihak sekretariat Uni Akademia melalui talian 03-89220952 atau Whatsapp 019-5592782
2: Syarat am program
Calon dikehendaki menyemak syarat am program sebelum membuat permohonan. Syarat am berikut boleh disemak melalui hebahan iklan atau laman web www.uniakademia.com
3: Melengkapkan permohonan
Pihak sekretariat akan membuat susulan (follow-up) kepada calon yang berminat bagi melengkapkan borang permohonan dan dokumen sebelum tarikh tutup permohonan.
4: Semakan dokumen
Segala dokumen akan disemak oleh pihak sekretariat. Sekiranya dokumen yang dihantar tidak lengkap, pihak sekretariat akan membuat susulan (follow-up) kepada calon untuk melengkapkan dokumen dalam tempoh masa yang ditetapkan.
5: Sistem permohonan atas talian
Pihak sekretariat akan membuat permohonan dan memuat naik dokumen lengkap calon ke dalam sistem permohonan universiti secara atas talian apabila sistem dibuka.
6: Penilaian dan keputusan penawaran
Permohonan calon akan dinilai oleh pihak universiti dalam tempoh masa tertentu. Setelah fasa penilaian selesai, keputusan senarai nama calon yang berjaya mendapat tawaran akan dikeluarkan oleh pihak universiti.
7: Semakan tawaran
Calon yang berjaya boleh menyemak tawaran yang dikeluarkan melalui email peribadi atau sistem permohonan universiti secara atas talian.
8: Status penerimaan tawaran
Calon dikehendaki MENERIMA atau MENOLAK tawaran dalam tempoh masa yang ditetapkan di dalam sistem permohonan secara atas talian.
9: Prosedur kemasukan program
Bagi calon yang MENERIMA tawaran, dikehendaki untuk memuat turun surat tawaran dan melengkapkan prosedur kemasukan program. Pihak universiti akan mengambil alih pengurusan pendaftaran dan pengajian bagi calon yang MENERIMA tawaran.
Senarai semak dokumen permohonan
Bagi calon lepasan Ijazah Sarjana Muda di dalam negara.
- Borang permohonan Diploma Pascasiswazah Pendidikan UPSI (mod cuti sekolah)
- Salinan kad pengenalan
- Salinan Ijazah Sarjana Muda ATAU surat pengesahan tamat pengajian (sekiranya belum bergraduasi)
- Salinan transkrip akademik Ijazah Sarjana Muda ATAU mini transkrip (sekiranya belum bergraduasi)
- Salinan Sijil Pelajaran Malaysia
- Salinan surat tawaran bekerja terkini (sekiranya bekerja) ATAU surat pengesahan bekerja (sekiranya bekerja sendiri)
- Salinan keputusan MUET (sekiranya ada)
- Gambar berukuran passport
- Bukti yuran proses RM50
Bagi calon lepasan Ijazah Sarjana Muda di luar negara.
- Borang permohonan Diploma Pascasiswazah Pendidikan UPSI (mod cuti sekolah)
- Salinan kad pengenalan
- Salinan asal Ijazah Sarjana Muda (bahasa asal) DAN
- Salinan Ijazah Sarjana Muda (terjemahan) ATAU surat pengesahan tamat pengajian (sekiranya belum bergraduasi)
- Salinan asal transkrip akademik Ijazah Sarjana Muda (bahasa asal) DAN salinan transkrip akademik Ijazah Sarjana Muda (terjemahan) ATAU mini transkrip (sekiranya belum bergraduasi)
- Salinan Sijil Pelajaran Malaysia
- Salinan surat tawaran bekerja terkini (sekiranya bekerja) ATAU surat pengesahan bekerja (sekiranya bekerja sendiri)
- Salinan keputusan MUET/ IELTS/ TOEFL (sekiranya ada)
- Gambar berukuran passport
- Bukti yuran proses RM50
Semakan dokumen oleh calon
Semua dokumen mencukupi termasuk maklumat di borang permohonan adalah lengkap. Semua salinan dokumen hendaklah disahkan oleh mana-mana pegawai gred 41 ke atas. Salinan IC hendaklah dipalang “UNTUK KEGUNAAN UPSI”.
Pembayaran yuran proses boleh dibuat kepada:
Account Name : UNI AKADEMIA
Bank : Bank Muamalat Malaysia Berhad
Account Number : 121 0000 123 1718
Menghantar semua dokumen ke email: dpli.upsi23@gmail.com
















