Get notified for available courses, signing up HERE

Application guideline for Diploma Pascasiswazah Pendidikan at Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

Application guideline for Diploma Pascasiswazah Pendidikan at Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) .
1: Hubungi sekretariat

Calon boleh mendapatkan google form yang dikongsikan oleh pihak sekretariat melalui hebahan iklan di laman media sosial ATAU Calon boleh mendapatkan google form dengan menghubungi pihak sekretariat Uni Akademia melalui talian 03-89220952 atau Whatsapp 019-5592782

Calon dikehendaki menyemak syarat am program sebelum membuat permohonan. Syaratam berikut boleh disemak melalui hebahan iklan atau laman web www.uniakademia.com

Pihak sekretariat akan membuat susulan (follow-up) kepada calon yang berminat bagi melengkapkan permohonan dan dokumen sebelum tarikh tutup permohonan.

Segala dokumen akan disemak oleh pihak sekretariat. Sekiranya dokumen yang dihantar tidak lengkap, pihak sekretariat akan membuat susulan (follow-up) kepada calon untuk melengkapkan dokumen dalam tempoh masa yang ditetapkan.

Pemohonan dan dokumen yang lengkap akan dihantar oleh pihak sekretariat kepada pihak urusetia UKM untuk tindakan selanjutnya.

Pihak urusetia UKM akan membuat susulan (follow-up) calon untuk mengisi dan melengkapkan maklumat di dalam sistem secara atas talian. Makluman akan diberikan melalui email peribadi calon.

Permohonan calon akan dinilai oleh pihak universiti dalam tempoh masa tertentu. Setelah fasa penilaian selesai, keputusan permohonan yang berjaya mendapat tawaran akan dikeluarkan oleh pihak universiti secara berperingkat.

Calon yang membuat permohonan dikehendaki menyemak tawaran yang dikeluarkan melalui sistem secara atas talian.

Bagi calon yang MENERIMA tawaran, dikehendaki untuk memuat turun surat tawaran, melengkapkan prosedur kemasukan program dan menyertai saluran khas Telegram bagi mendapatkan makluman semasa program. Pihak urusetia akan mengambil alih pengurusan pendaftaran dan pengajian bagi calon yang MENERIMA tawaran.

Senarai semak dokumen permohonan

Bagi calon lepasan Ijazah Sarjana Muda di dalam negara.

  • Salinan kad pengenalan
  • Salinan Ijazah Sarjana Muda ATAU surat pengesahan tamat pengajian (sekiranya belum bergraduasi)
  • Salinan transkrip akademik Ijazah Sarjana Muda ATAU mini transkrip (sekiranya belum bergraduasi)
  • Salinan Sijil Pelajaran MalaysiaSalinan surat tawaran bekerja terkini (sekiranya bekerja) ATAU surat pengesahan bekerja (sekiranya bekerja sendiri)
  • Gambar berukuran passport

Bagi calon lepasan Ijazah Sarjana Muda di luar negara.

  • Salinan kad pengenalan
  • Salinan asal Ijazah Sarjana Muda (bahasa asal) DAN
  • Salinan Ijazah Sarjana Muda (terjemahan) ATAU surat pengesahan tamat pengajian (sekiranya belum bergraduasi)
  • Salinan asal transkrip akademik Ijazah Sarjana Muda (bahasa asal) DAN
  • Salinan transkrip akademik Ijazah Sarjana Muda (terjemahan) ATAU mini transkrip (sekiranya belum bergraduasi)
  • Salinan Sijil Pelajaran Malaysia
  • Salinan surat tawaran bekerja terkini (sekiranya bekerja) ATAU surat pengesahan bekerja (sekiranya bekerja sendiri)
  • Gambar berukuran passport.

Semakan dokumen oleh calon

Semua dokumen adalah mencukupi dan lengkap. Semua salinan dokumen hendaklah dipalang “UNTUK KEGUNAAN UKM”. Menghantar semua dokumen ke link google form yang disediakan atau email:      dpliukm.akademia@gmail.com

Contoh lampiran dokumen