Get notified for available courses, signing up HERE

Application guideline for Master Program at International Islamic University of Malaysia (IIUM)

Application guideline for Master of Education at International Islamic University of Malaysia (IIUM).
1: Hubungi sekretariat

Calon boleh mendapatkan google form yang dikongsikan oleh pihak sekretariat melalui hebahan iklan di laman media sosial ATAU Calon boleh mendapatkan google form dengan menghubungi pihak sekretariat Uni Akademia melalui talian 03-89220952 atau Whatsapp 019-5592782

Calon dikehendaki menyemak syarat kemasukan program sebelum membuat permohonan. Syarat kemasukan berikut boleh disemak melalui hebahan iklan atau laman web www.uniakademia.com

Pihak sekretariat akan membuat susulan (follow-up) kepada calon yang berminat bagi melengkapkan permohonan dan dokumen sebelum tarikh tutup permohonan.

Segala dokumen akan disemak oleh pihak sekretariat. Sekiranya dokumen yang dihantar tidak lengkap, pihak sekretariat akan membuat susulan (follow-up) kepada calon untuk melengkapkan dokumen dalam tempoh masa yang ditetapkan.

Pemohonan dan dokumen yang lengkap akan dihantar oleh pihak sekretariat kepada pihak urusetia IIUM untuk tindakan selanjutnya.

Permohonan calon akan dinilai oleh pihak universiti dalam tempoh masa tertentu. Setelah fasa penilaian selesai, keputusan permohonan yang berjaya mendapat tawaran akan dikeluarkan oleh pihak universiti secara berperingkat.

Calon yang membuat permohonan dikehendaki menyemak tawaran yang dikeluarkan melalui sistem secara atas talian atau melalui email peribadi calon.

Bagi calon yang MENERIMA tawaran, dikehendaki untuk memuat turun surat tawaran dan melengkapkan prosedur kemasukan program. Pihak urusetia akan mengambil alih pengurusan pendaftaran dan pengajian bagi calon yang MENERIMA tawaran.

Senarai semak dokumen permohonan

Bagi calon lepasan Ijazah Sarjana Muda dalam negara.

  • Borang permohonan Sarjana Pendidikan IIUM (mod cuti sekolah)
  • Salinan kad pengenalan
  • Salinan Ijazah Sarjana Muda ATAU surat pengesahan tamat pengajian (sekiranya belum bergraduasi)
  • Salinan transkrip akademik Ijazah Sarjana Muda ATAU mini transkrip (sekiranya belum bergraduasi)
  • Salinan keputusan TOEFL/ IELTS (sekiranya ada)
  • Surat/ dokumen tajaan (sekiranya ada)
  • Bukti yuran proses RM100

Bagi calon lepasan Sarjana Muda luar negara.

  • Borang permohonan Sarjana Pendidikan IIUM (mod cuti sekolah)
  • Salinan kad pengenalan yang DISAHKAN
  • Salinan Ijazah Sarjana Muda ATAU surat pengesahan tamat pengajian (sekiranya belum bergraduasi) yang DISAHKAN
  • Salinan transkrip akademik Ijazah Sarjana Muda ATAU mini transkrip (sekiranya belum bergraduasi) yang DISAHKAN
  • Salinan keputusan TOEFL/ IELTS
  • Surat/ dokumen tajaan (sekiranya ada) ATAU surat pengesahan kedudukan kewangan DAN penyata gaji/bank bagi calon tajaan sendiri
  • Bukti yuran proses USD 25.00
  • Salinan passport antarabangsa yang DISAHKAN dengan tempoh sah laku sekurangkurangnya 1 tahun

Semakan dokumen oleh calon

Semua dokumen adalah mencukupi dan lengkap Menghantar semua dokumen ke link google form yang disediakan atau email: work.uniakademia@gmail.com

Contoh lampiran dokumen